Thursday, September 29, 2011

UnDiLaH!



[Narration by Tengku Razaleigh Hamzah]
Salam sejahtera
Seperti anda, saya seorang rakyat Malaysia
Dan saya cintakan negara kita ini

Malaysia sebuah negara yang cukup indah
Tapi ada macam-macam masalah
Tak perlulah saya sebutkan
Kerana saya pasti kita semua tahu apa masalah-masalah ini

Apa yang saya nak sebutkan ialah...
Masa depan negara kita terletak di tangan kita sendiri
Jadi jika anda masih belum mendaftar sebagai pengundi
Sila lakukan secepat mungkin
Dan jika anda sudah mendaftar...
Mari kita mengundi 

Ingatlah, walau apapun terjadi...
Malaysia ini negara anda
Ia negara kita
Ia memang banyak masalah
Malaysia perlukan kita semua

[Mandarin]
Mengundi tak susah
Negara kita sebuah syarikat
Dan kita lah bosnya
Kita pilih pengurus untuk negara ini
Dan kita nilai prestasinya
Kuasa di tangan kita
Kalau berprestasi tinggi...
Kita naikkan gajinya
Kalau kerja tak elok, boleh suruh berhenti
Kita boleh <beep> dia!
Sebab ramai sudi mengganti

[Chorus]
Undilah!
Jangan tidur
Undilah!
Jangan diam-diam
Undilah!
We are the boss
Undilah!
Registerlah

[Melayu]
Der... der... der
Lu kata lu sayang ini negara
Tapi sekali mengundi pun tak de
Jadi jangan kau cuba cakap banyak jika hakmu kena lanyak
Der...!
Sedarlah kuasa di tangan kita!
Hak diberi janganlah dipersia
Jadi jangan buat ‘der’sahaja
Masa kita sudah tiba!

[Chorus]
Undilah!
Jangan tidur
Undilah!
Jangan diam-diam
Undilah!
We are the boss
Undilah!
Registerlah

[Tamil]
Mengundi tak susah
Negara ini tanah air kita
Pemimpin kita bekerja demi kita
Kitalah bos negara kita
Tutup TV dan pergilah mengundi!

[Interlude]
Ingatlah, walau apapun terjadi...
Malaysia ini negara anda
Ia negara kita
Mari kita mengundi

Malaysia perlukan kita semua

[Chorus]
Undilah!
Jangan tidur
Undilah!
Jangan dok diam
Undilah!
Der, apa ni der?
Undilah!
Registerlah

Undilah!
Jangan tidur
Undilah!
Hei...
Undilah!
Eleh, lu ni apahal?
Undilah!
Adoh...

Mari kita undi


Performed by: Afdlin Shauki & Namewee feat. Tengku Razaleigh Hamzah
A Pete Teo PSA Project

No comments:

Post a Comment