Saturday, August 27, 2011

RM 30 900 000 000



Alhamdulillah. PETRONAS hari ini menyatakan keuntungan sebelum cukai melonjak kepada RM 30 900 000 000 (RM 30.9 billion) pada suku pertama berakhir 30 Jun 2011, berbanding RM 21 400 000 000 (RM 21.4 billion) pada tempoh yang sama tahun lalu. Iaitu peningkatan sebanyak 45 peratus. Tahniah PETRONAS. Keuntungan demi keuntungan yang dikecapi syarikat itu membuktikan satu perkara, syarikat tempatan kelolaan anak tempatan itu bukanlah calang-calang syarikat yang mudah untuk disaingi.

Untuk mereka yang tidak mengetahui, segan untuk ambil tahu, serta yang tidak mahu mengambil tahu, disediakan beberapa fakta ringkas tentang syarikat tak-berapa-kecil ini:
1. PETRONAS diitubuhkan pada 17 Ogos 1974.
2. Dimiliki oleh kerajaan Malaysia.
3. Disenaraikan dalam ‘Fortune Global 500 Largest Corporation in the World’, menduduki tangga 95 pada 2008, tangga 80 pada 2009, tangga 107 pada 2010, tangga 86 pada 2011.
4. Fortune juga menyenaraikannya sebagai 13 syarikat paling untung di dunia dan paling tinggi keuntungan di Asia.
5. PETRONAS juga dinamakan sebagai “the new seven sisters” iaitu syarikat minyak dan gas yang paling berpengaruh dan dimiliki kerajaan yang bukan ahli OECD.

Subhanallah! ALLAH MAHA KAYA. Dikurniakan Malaysia bukan calang-calang sumber yang bukan sahaja boleh dinikmati oleh masyarakat Malaysia, malah masyarakat satu dunia dengan kekayaan minyak yang dimilikinya. Ya, memang tak sekaya syarikat gergasi lain seperti Shell, Esso, Mobil dan syarikat gergasi lain, tapi ianya tetap besar kerana RM 30.9 billion keuntungan (bukan jualan) bukan satu nilai yang kecil.


Harga Minyak

Kepada yang masih tidak tahu, pasca kejatuhan rejim Muammar Gaddafi (walaupun belum tumbang sepenuhnya), harga minyak mentah dunia telah menunjukkan penurunan. Walau dengan kejatuhan harga itu, tetapi harga minyak di Malaysia masih di paras yang sama. Satu trend 1Malaysia yang nampaknya masih sukar diubah, baik dari yang atas turun kepada peniaga runcit. Bila harga naik, serta merta diumumkan siang hari, tengah malamnya terus naik. Tetapi jika turun hari ini, hmm mau sebulan kot baru nak turun sama. Itu pun kalau nak turun.

Masih ramai yang mempertikaikan, malah menggunakan hujah pelik mengatakan, harga minyak di Malaysia lebih murah jika dibandingkan dengan harga minyak negara jiran seperti Singapura, Thailand, dan sebagainya. Tak pelah, tak perlulah nak masuk hujah yang itu sebab macam-macam benda boleh dimainkan. Bila sebut negara-negara yang dibandingkan bukan negara pengeluar minyak, dibalas pula dengan hujah kita bukan pengeluar utama minyak dunia. Ada sahaja hujah pihak lagi satu untuk menidakkannya. Tak pelah, lupakan sebentar hujah yang itu. Mari kita pergi kepada hujah yang satu ini.

Sebelum terlupa, 30.9 billion atau panjangnya 30 900 000 000 bukanlah satu nilai yang kecil. Amat-amat besar.


Matematik Mudah Faham

Bermodalkan 15 sen satu, seorang peniaga membuat 100 biji karipap setiap hari untuk dijualnya. Alhamdulillah, dari hari ke sehari, karipapnya habis terjual. Dengan harga jualan 50 sen sebiji, beliau mampu memperoleh RM 35 sehari ( 50 – 15 = 35 sen X 100 biji = RM 35 ).

Katakanlah, ada pelanggan yang mengadu karipap beliau mahal. Lalu dengan keprihatinan yang dimilikinya, beliau menurunkan harga karipapnya kepada 40 sen sebiji. Maka dengan itu, keuntugan beliau sedikit menurun kepada RM 25 sehari ( 40 – 15 = 25 sen X 100 biji = RM 25 ). Kurang RM 10 daripada bulan-bulan seterusnya.

Persoalannya, ADAKAH BELIAU RUGI???




ISU DENGAN HARGA MINYAK MALAYSIA

Harga minyak semasa:
Petroleum RON95 = RM 1.90 (mulai Disember 2010)
Petroleum RON97 = RM 2.90 (mulai Mei 2011)
Diesel = RM 1.80 (mulai Disember 2010)

Kita tak tau pon modal minyak ni semua. Tapi apa yang kita tau, dengan harga di atas yang diperkenalkan, PETRONAS berjaya mengaut keuntungan RM 30.9 billion sebelum cukai.

Katakanlah daripada jumlah RM 30.9 billion itu, 50% adalah daripada minyak. Daripada jumlah itu pula, 50% adalah daripada hasil jualan RON95, 25% RON97, 25% diesel (sekali lagi diingatkan, ini cuma untuk kiraan mudah, bukan nilai sebenar).

Daripada jumlah itu, kita ambil satu harga baru untuk setiap minyak, dan ayuh mengira bersama saya :D

RON95:
RM 1.90 kepada RM 1.50 = rugi 40 sen
Liter minyak yang terjual: 15 450 000 000 (50% 30.9 billion) / 1.90 = 8 131 578 947 liter
Untung baru: 8 131 578 947 liter X RM 1.50 (harga baru) = 12 197 368 420 (RM 12.197 billion)

RON97:
RM 2.90 kepada RM 2.50 = rugi 40 sen
Liter minyak yang terjual: 7 725 000 000 (25% 30.9 billion) / 2.90 = 2 663 793 103 liter
Untung baru: 2 663 793 103 liter X RM 2.50 (harga baru) = 6 659 482 759 (RM 6.659 billion)

Diesel:
RM 1.80 kepada RM 1.40 = rugi 40 sen
Liter minyak yang terjual: 7 725 000 000 (25% 30.9 billion) / 1.80 = 4 291 666 667 liter
Untung baru: 4 291 666 667 liter X RM 1.40 (harga baru) = 6 008 333 333 (RM 6.008 billion)

Jumlah keuntungan:
12.197 + 6.659 + 6.008 = RM 24.864 billion


Beza keuntungan:
30.9 billion - 24.864 billion = RM 6.036 billion


Ye ye... saya tau kiraan ini boleh di pertikaikan daripada pelbagai sudut. Tidak boleh itu, tidak boleh ini. Saya tau. Saya cuma nak tunjukkan satu perkara, dengan penurunan harga minyak pada kadar yang berpatutan, PETRONAS TIDAK AKAN RUGI. Cuma keuntungan mereka tidaklah setinggi yang ada sekarang ini.

Rakyat tidak meminta diturunkan harga minyak kepada paras yang membuatkan PETRONAS jatuh tersungkur, cuma turunkanlah harga minyak kepada paras yang tidak membebankan. Dan ketahuilah satu perkara, paras mana pon minyak, tinggi atau rendah, rakyat tetap akn membelinya. Kerana zaman ini, ketika ini, waktu ini, boleh dikatakan hampir semua kenderaan yang bergerak di muka Bumi ini menggunakan petrol dan diesel. Baik kereta, teksi, van, MPV, SUV, keretapi, motorsikal. Lainlah kalau semua rakyat Malaysia pakat naik basikal dan jalan kaki untuk ke mana-mana :D

Dengan kenaikan harga minyak, ditambah dengan alasan menjengkelkan kerajaan “jika diturunkan harga minyak, PETRONAS akan rugi”, rakyat setiap hari menyaksikan drama ini. Harga minyak naik akan menjadi satu petanda seluruh harga barang akan naik. Yelah, takkan nak angkut walaupun sayur kubis dari satu tempat ke satu tempat yang jarak beberapa belas kilometer (mungkin lebih) dengan berjalan kaki. Pasti menggunakan kenderaan yang memerlukan petrol atau diesel. Setiap kos itu adalah amat kritikal untuk mana-mana peniaga. Meningkat kos, maka menigkatlah harga barang. Dengan itu sara hidup harian rakyat akan meningkat. Apa guna kenaikan gaji jika harga barang juga meningkat. Inflasi tetap berlaku.

p/s: Rakyat tak bodoh, dan tolong jangan perbodohkan rakyat.

Wallahua’lam...


sumber:

No comments:

Post a Comment