Friday, August 19, 2011

20 Ramadhan 1432H

Dengan nama ALLAH yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG

Lama dah tak menulis. Rasa lemau bila nak menulis balik ni. Buntu tak tau dari mana nak mula...:D

Kalau blog sebelum ni, selalulah jugak update sebab masa tu kononnya banyak la kan isu nak komen. Gatal je tangan ni nak menaip kalau ada pe2 isu, walaupun xla slalu mana pon update. Tapi kalau nak banding dengan yang ni, huhu... rasanya yang lama tu lagi selalu kot update. Blog kedua pon selalu la jugak update, tapi bila dah mula blur, hampir mati langkah bila internet susah nak dapat, lama2 hilang mood nak menulis tu.

Sekarang, internet ada, isu ada. Ok settle. Nak menulis... erk... cane nak start? Nak mula dari mana? Macam2 persoalan timbul. Sampai satu tahap tu terdetik jugak la dalam hati ni, malasnya lah nak ada blog. Dah ada facebook, so rasa cam tak perlu kot nak ada blog ni. Tapi facebook pon tak berapa nak selalu jugak la updatenya. Merepek adalah sekali sekala. Hehe...

InshaALLAH kali ni azam tu datang lagi. Azam baru dalam bulan mulia ni. Tak lama lagi raya nak kunjung tiba. Tapi tu tak besar mana. Ramadhan yang nak pergi ni, kita macamana? Sama lagi ke dah berubah? Kalau dah berubah, alhamdulillah, baguslah tu. Semoga anda istiqamah dengan perubahan ini, dan sentiasa dalam rahmat dan petunjuk serta hidayah Pemberi Hidayah.

Tapi kalau belum... hm... berat tu. Tapi ada lagi masa. Ada lagi ni baki masa untuk kita buat apa yang perlu. Checklist masa awal-awal Ramadhan dulu (ada ke buat???), kalau masih ada yang lompong, usaha-usahakanlah untuk dipenuh dan ditunaikan. Memang berat dan payah. Tapi setiap keberatan dan kepayahan di jalan ALLAH itu, inshaALLAH ada nikmat yang terungkap dihujungnya...;)

So untuk permulaan yang ‘baru’ ni, just nak kongsi dengan semua (ada ke yang baca???), satu lagu yang sangat best, mempunyai maksud yang mendalam. Sangat bagus untuk muhasabah bersama, lebih2 lagi di penghujung perjuangan yang tinggal kurang dari 10 hari ini. Kalau ada manfaat, sama2 lah kita kongsi. Kalau xde, xpe je nak baca harini dengan dua mata, hilang esok paginya...:D




Ramadhan Dua Zaman

Ramadhan, satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza

Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatangan mu
Kami gembira dengan pemergian mu
Malam mereka meriah disimbah nur Al-Quran
Tapi malam kami muram berkabung dengkur

Mereka berlumba mengejar ma’rifah
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

Nukilan: Ustaz Nazrey Johani
Munsyid: The Zikr (Lama), Nazrey Johani feat. inteam (Baru)

No comments:

Post a Comment