Saturday, July 21, 2012

..:: ProLoG ::..


Mereka memandang ke arah sekolah itu.

“Apa yang di pandangnya tu. Lama pulak, dah dekat 10 minit. Taknak jumpe yang lain ke? Hm...” monolog.
This is where it all begins.”
“Haa? Apakah? Tibe-tibe.”
My life. Kehidupan abang. Abang takkan jadi macam ni kalau tak semuanya bermula kat sini.”
“Ooo... Dengan izin Allah, bang.”
“Ye sayang”
Ngee. Sengih.

Mereka masih tegak berdiri di atas astaka yang berusia lebih 20 tahun itu. Jauh matanya memandang. Tembus.

“Jom la bang. Tadi pon pak guard cakap ramai dah kan yang dah sampai. Dah la kita lewat, nak jiwang-jiwang kat astaka ni pulak”
“Hehe, jom jom”

Mereka berdua kembali ke dalam kereta. Deruman Proton Prevé membelah kesunyian lewat petang itu.

aDaMu TuHaN



Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaran-Nya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurnia-Nya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran

Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna Kau Yang Satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit
Kerna Mu

Ku tahu ku adaMu
Disisi ku selalu
Bantulah hambaMu
Mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna Kau Yang Satu
Yang setia bersamaku
Dikala ku jatuh ku bangkit
Kerna Mu

JoM UBaH SeMPeNa RaMaDHaN


Ramadhan merupakan peluang terbaik kita untuk sama-sama mentarbiyah diri agar menjadi insan yang lebih dekat dengan Pencipta.

11 bulan ditarbiyah nafsu kita oleh syaitan laknatullah, memang sukar untuk kita mengawal nafsu agar mengikut apa yang agama nak.

Tapi tak mustahil sebab kasih sayang dan rahmat ALLAH itu maha luas. Jika kita benar-benar ikhlas dan bersungguh untuk menjadi lebih baik, pasti pertolongan daripada-NYA akan tiba.

Bagi yang masih ada lompong dalam 5 waktu solat sehariannya, jom sama-sama cukupkan solat.

Bagi yang melengah-lengahkan solat, jom sama-sama solat di awal waktu.