Thursday, September 29, 2011

HuDuD

Dengan nama ALLAH aku menulis...

Macam-macam cerita melanda negara kita. Dari sekecil-kecil isu smpailah sebesar isu agama dipermainkan ada kat negara kita ni. Tak abis-abis orang masih nak menolak apa yang dah termaktub dalam Quran dan Sunnah.


HUDUD

Tak tau la nak cakap macamana lagi. Semalam Pakatan Rakyat (PR) dan pun bermesyuarat tentang isu ni. Memang diakui takde kata putus dicapai, tapi tak nampak PR akan tumbang hanya dengan mainan isu ni. Isu yang sengaja dibangkitkan oleh pihak Barisan Nasional (BN), kemudian diperbesar-besarkan oleh media massa, teknik lama, akhirnya memakan diri sendiri.

Di saat manusia mencari penyelesaian untuk masalah-masalah negara yang semakin meruncing, pemimpin negara kita masih angkuh dan bongkak dengan undang-undang ciptaan manusia untuk terus berkuasa. Zina, rogol, curi, rompak, samun, dadah, dedah, dan banyak lagi masalah sedang dihadapi negara kita. Undang-undang yang ada jelas menunjukkan kegagalannya untuk menyelesaikan masalah. 54 tahun kita merdeka, selama itu juga kadar jenayah kita semakin hari semakin meningkat.

Hati siapa yang tak resah, hatta di rumah tempat sepatutnya kita berlindung dari segala kejadian buruk pon dah jadi tak selamat. Kalau bukan dari ancaman luar (samun, curi, dll), ada pulak masalah dalaman seperti zina, sumbang mahram dan yang sama hina dengannya. Dunia yang memainkan peranan mempengaruhi minda masyarakat, berjaya membentuk kita semua ke arah jauh dari dunia kemanusiaan, hatta lebih jauh daripada dunia Islam yang diidam-idamkan itu.

Masih ramai yang menentang, tapi tidak beliau ini. Terkesan dengan kata-kata beliau, malah saya akui saya terperanjat dengan respon yang beliau berikan. Baca kenyataan beliau dibawah ini:


UnDiLaH!



[Narration by Tengku Razaleigh Hamzah]
Salam sejahtera
Seperti anda, saya seorang rakyat Malaysia
Dan saya cintakan negara kita ini

Malaysia sebuah negara yang cukup indah
Tapi ada macam-macam masalah
Tak perlulah saya sebutkan
Kerana saya pasti kita semua tahu apa masalah-masalah ini

Apa yang saya nak sebutkan ialah...
Masa depan negara kita terletak di tangan kita sendiri
Jadi jika anda masih belum mendaftar sebagai pengundi
Sila lakukan secepat mungkin
Dan jika anda sudah mendaftar...
Mari kita mengundi 

Saturday, September 03, 2011

'MeNaNG TuLiS SeJaraH, KaLah BuaT PuiSi'

'Menang tulis sejarah, kalah buat puisi'.

Kata-kata sinis itu menggambarkan betapa sukarnya mencari penulisan sejarah oleh manusia yang jujur, kerana majoriti penulis sejarah menulis dari perspektif di pihak mana mereka berada dan ada yang menulis di bawah kawalan ketakutan dan telunjuk golongan berkuasa.

NONE
Umum dan rata-rata sebenarnya menyedari bahawa penulisan sejarah akan menyebelahi golongan yang akhirnya mendapat kuasa atau golongan yang menang.


Manakala bagi golongan yang kalah pula, sejarah yang ditulis, terutamanya apabila bercanggah fakta dengan sejarah golongan yang menang, mereka tidak berani untuk berterus-terang untuk menyerang penulisan sejarah golongan yang berkuasa pada ketika peristiwa tersebut berlaku kerana kebesaran risiko dan tekanan yang mereka terpaksa hadapi.

Bahkan, ada mereka yang berani, namun lazimnya sejarah yang ditinggalkan mereka akan dihapuskan oleh golongan yang menang supaya generasi seterusnya hanya terus mengagungkan dan mengenangkan jasa golongan yang menang demi kepentingan masing-masing.
may 13 books 121007
Akibatnya golongan yang tertewas ini lebih selesa menulis puisi, cerpen dan novel bagi meluahkan bantahan dan penentangan mereka terhadap satu-satu isu atau tohmahan yang dilemparkan kepada mereka. Maka lahirlah kata-kata sinis "yang menang tulis sejarah, yang kalah membuat puisi".