Saturday, July 21, 2012

JoM UBaH SeMPeNa RaMaDHaN


Ramadhan merupakan peluang terbaik kita untuk sama-sama mentarbiyah diri agar menjadi insan yang lebih dekat dengan Pencipta.

11 bulan ditarbiyah nafsu kita oleh syaitan laknatullah, memang sukar untuk kita mengawal nafsu agar mengikut apa yang agama nak.

Tapi tak mustahil sebab kasih sayang dan rahmat ALLAH itu maha luas. Jika kita benar-benar ikhlas dan bersungguh untuk menjadi lebih baik, pasti pertolongan daripada-NYA akan tiba.

Bagi yang masih ada lompong dalam 5 waktu solat sehariannya, jom sama-sama cukupkan solat.

Bagi yang melengah-lengahkan solat, jom sama-sama solat di awal waktu.

Bagi yang sudah sempurna solat 5 waktunya, jom sama-sama berjemaah di masjid surau.

Bagi yang ada banyak masa terluang, jom sama-sama buat solat sunat.

Bagi yang ada lompong dalam puasanya sebelum-sebelum ini, jom sama-sama penuhkan bilangan hari puasa.

Bagi yang masih bertatih baca Al-Quran, jom sama-sama kita belajar baca Al-Quran.

Bagi yang dah lancar baca Al-Quran, jom sama-sama baca setiap hari walau sekadar semuka.

Bagi yang masih tidak menutup aurat, baik lelaki mahupun perempuan, jom sama-sama berusaha untuk menutup aurat.

Bagi yang sudah menutup aurat tapi masih kurang sempurna, jom sama-sama belajar menyempurnakannya.

Bagi yang merokok, jom sama-sama tinggalkan rokok.

Bagi yang masih terasa kurang amalnya di dunia untuk dibawa mengadap Tuhan Yang Maha Esa, jom sama-sama perbanyakkan amal kita.

Islam tidak kejam, malah Islamlah agama yang sangat memahami isi hati, naluri bahkan jasmani manusia. ALLAH kan Pencipta kita, Dialah ‘Engineer’ manusia. Dia Maha Tahu kemampuan kita.

Islam tak paksa kita untuk daripada seorang yang tidak menutup aurat untuk terus bertudung labuh, berjubah berserban.

Islam tak paksa kita untuk daripada seorang yang tak pernah dan tak reti solat kepada terus berjemaah di masjid surau.

Islam tak ajar pun untuk kita yang tak reti baca Al-Quran untuk terus hafal 30 juzuk Al-Quran.

Asalkan, berubahlah. Biar sedikit tetapi istiqomah. Yang sedikit tapi istiqomah inshaALLAH lebih kekal lama.

DAN, kepada yang sudah sempurna semuanya, bimbinglah kami semua. Kita sama-sama Islam, jangan dijadikan perbezaan pendapat dalam perkara furu’ itu sebagai penghalang untuk kita mengajak orang menjadi baik.

Jangan terus dimaki hamun seseorang hanya kerana dia melakukan dosa. Ubah pandangan kita, daripada seorang penghukum kepada seorang daie yang melihat semua makhluk ciptaan Tuhan dengan penuh kasih sayang.

Kan ALLAH Maha Pengasih Maha Penyayang.

JOM jadikan Ramadhan bulan untuk kita berubah menjadi lebih baik.
JOM!!! ;)

No comments:

Post a Comment