Saturday, August 27, 2011

SuRaU aPa???


Surau Al-Musyrikin???

Pening kepala bila dengar nama tu. Dah la berita yang cuba disiarkan boleh menimbulkan pelbagai persoalan. Tambahan nama surau yang dikatakan terletak di Jalan Klang Lama itu pula menambahkan kebingungan. Surau Al-Musyrikin (Musyrikin = orang yang syirik) yang jelas cuba dimainkan oleh pihak TV3 (Media Prima) seolah-olah menggambarkan rakyat Malaysia adalah rakyat yang terlalu bodoh dalam menilai sesuatu perkara. Tak taulah kot-kot memang ada orang Islam jahil kat Malaysia yang nak letak nama rumah ALLAH beriringan dengan nama yang tidak sepatutnya itu. (Surau Al-Musyrikin = Rumah ALLAH orang-orang yang syirik).

Susah bila media arus perdana cuba menjadi hero dalam sesuatu isu, seolah-olah hanya mereka yang boleh menyampaikan berita kepada masyarakat yang ada. Tetapi mereka lupa, ALLAH lebih berkuasa. Dalam kesibukan umat Islam bertungkus lumus menjadikan 10 malam terakhir sebagai medan mencari keampunan dan redha ILAHI, mereka sempat menabur fitnah dan tohmahan, rekaan cerita dongeng semata-mata untuk menjadi saluran berita nombor 1 Malaysia.

Hm... Satu persoalan tak terungkai. Kalaulah benar wujud surau sedangkal itu (sah-sah dah terbukti tak wujud), siapa ye pengerusinya? Nak berkenalan dengan beliau dan bertanya bagaimana kebijakan beliau dalam menamakan surau tersebut dengan nama itu. Tentu ada kisah menarik sehingga rumah ALLAH boleh diberikan nama sedemikian. Ahaa, lagi satu, terawih sana berapa rakaat? =)

p/s: Udah-udah la tu menabur fitnah.

Wallahua’lam...

No comments:

Post a Comment