Sunday, May 15, 2011

JaGaLah HaTi



Sabda Rasulullah s.a.w:

“Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati”.

"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi ALLAH melihat kepada hati dan amalmu." 

Bernilai sungguh seketul hati dalam diri manusia, sehingga disebutkan sedemikian dalam hadis Rasulullah s.a.w.

First and foremost, eloklah dahulu kita memahami apakah takrif hati:
Dari segi perubatan, hati ialah darah hitam yang beku, mempunyai bentuk tersendiri yang letaknya di sebelah kiri dada. Manakala menurut Imam al-Ghazali, hati dari segi ilmu tasawuf adalah unsur halus yang bersifat metafizik yang berada dalam bentuk hati yang bersifat jasmani.

Hati seringkali diibaratkan sebagai raja dalam kerajaan diri kita. Manakala akal dan nafsu sebagai penasihat. Jasad pula sebagai rakyatnya.

Kita terlalu menjaga kebersihan fizikal, sedangkan apa yang lebih penting adalah menjaga dan menyucikan hati daripada kotoran batin dan maksiat.


Mengapa perlu menjaga hati?

Rasululullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Hati itu umpama sehelai bulu ayam yang berpusing-pusing ditiup angin di tengah padang yang luas.”

Dalam bahasa Arab, hati disebut sebagai ‘Qalb’ iaitu yang berbolak balik. Kedudukan hati yang terumbang-ambing di antara perkara baik atau buruk boleh membahagikannya kepada 3 jenis iaitu:

1. Hati yang dimakmurkan dengan taqwa, disucikan melalui proses latihan yang berterusan dan dibersihkan dari akhlak yang buruk. Dari hati sebegini, lahir cetusan-cetusan kebaikan.

2. Hati yang terabai dan terbiar yang sarat dengan hawa nafsu serta disaluti dan dicemari dengan keburukan dan akhlak yang keji. Hati sebegini seumpama mata yang dimasuki asap tebal, lalu dia tidak dapat melihat apa-apa.

3. Hati yang pada mulanya dipengaruhi oleh hawa nafsu yang mendorong ke arah keburukan, kemudian datang cetusan keimanan lalu mendorongnya ke arah keimanan.

Seringkali kita berdoa, “Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkan hatiku atas agamaMu dan ketaatanMu.”

Bagaimana pula menjaga hati? Hindarilah hati daripada terhijab oleh dosa dan sifat-sifat mazmumah. Hidupkan hati dengan pengisian rohani yang berterusan. Jika hati sudah keras, lembutkan dengan zikrullah. Zikir merupakan makanan asas bagi hati dan roh. Even batu yang keras pun dapat dilembutkan oleh air. Inikan pula hati manusia.

Petikan lirik sebuah nasyid ada menyebut:

Tiada siapa dapat menyangka
Air yang mengalir dingin di kali
Berupaya melembutkan batu
Kesannya menjadi ilhamku

Umpama kejadian hati dan zikir
Hati bisa jadi sekeras batu
Zikir sesejuk air mengalir
Ia bisa melembutkan hati

Imam Ghazali pernah berkata, "Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak ditemui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru."

 
Jagalah Hati (Snada)

Jagalah Hati Jangan Kau Kotori
Jagalah Hati Lentera Hidup Ini
Jagalah Hati Jangan Kau Nodai
Jagalah Hati Cahaya Illahi

Bila Hati Kian Bersih
Fikiranpun Akan Jernih
Semangat Hidup Nan Gigih
Prestasi Mudah Diraih

Namun Bila Hati Keruh
Batin Selalu Gemuruh
Seakan Di Kejar Musuh
Dengan Allah Kian Jauh

Bila Hati Kian Suci
Tak Ada Yang Tersakiti
Peribadi Menawan Hati
Dirimu Disegani

Namun Bila Hati Busuk
Pikiran Jahat Merasuk
Akhlak Kian Terpuruk
Jadi Makhluk Terkutuk

Bila Hati Kian Lapang
Hidup Sempit Terasa Senang
Walau Kesulitan Datang
Dihadapi Dengan Tenang

Tapi Bila Hati Sempit
Segalanya Jadi Rumit
Terasa Terus Menghimpit
Lahir Batin Terasa Sakit

No comments:

Post a Comment