Friday, August 26, 2011

v2.0


Dengan nama ALLAH, aku menulis...

Alhamdulillah, selesai sudah proses mengedit blog ini. Berwajah baru, ada ala-ala HP (bukan handphone ;p). Tak lah minat mana cuma font nya menarik. Mungkin akan berubah tapi nanti-nantilah ye. Jenuh jugak nak mengedit ni. Shukran jazilan kepada insan yang banyak membantu mengedit bahasa komputer yang amat sukar difahami itu. Jasamu dikenang (~_~)Y

Semoga ALLAH merahmati kalian, dan semoga kalian berada di bawah lembayung rahmat-NYA... amin ya Robb =)

~PENGUMUMAN~

Assalamu'alaikum wrh wbt...

Blog ini dalam proses penambahbaikan. Anda mungkin akan mengalami sedikit gangguan teknikal dalam tempoh tersebut. Blog ini juga mungkin tidak boleh dilawati dalam tempoh-tempoh tertentu.

Pihak admin meminta maaf atas segala kesulitan. Harap maklum.

p/s: macam ada orang nak baca. huhu...:D

RaMaDHaN YaNG PeRGi, sYaWaL PuLa KeMBaLi

Dengan nama ALLAH yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG, aku menulis...



26 Ogos 2011, malam 27 Ramadhan 1432

Di surau dan masjid, seperti juga tahun-tahun sebelumnya, kadar kehadiran jemaah yang menunaikan solat semakin berkurangan. Kadar kehadiran ‘jemaah’ membeli belah memenuhi pasaraya semakin meningkat, juga tidak berubah daripada tahun-tahun sebelumnya.

Friday, August 19, 2011

20 Ramadhan 1432H

Dengan nama ALLAH yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG

Lama dah tak menulis. Rasa lemau bila nak menulis balik ni. Buntu tak tau dari mana nak mula...:D

Kalau blog sebelum ni, selalulah jugak update sebab masa tu kononnya banyak la kan isu nak komen. Gatal je tangan ni nak menaip kalau ada pe2 isu, walaupun xla slalu mana pon update. Tapi kalau nak banding dengan yang ni, huhu... rasanya yang lama tu lagi selalu kot update. Blog kedua pon selalu la jugak update, tapi bila dah mula blur, hampir mati langkah bila internet susah nak dapat, lama2 hilang mood nak menulis tu.

Sekarang, internet ada, isu ada. Ok settle. Nak menulis... erk... cane nak start? Nak mula dari mana? Macam2 persoalan timbul. Sampai satu tahap tu terdetik jugak la dalam hati ni, malasnya lah nak ada blog. Dah ada facebook, so rasa cam tak perlu kot nak ada blog ni. Tapi facebook pon tak berapa nak selalu jugak la updatenya. Merepek adalah sekali sekala. Hehe...

InshaALLAH kali ni azam tu datang lagi. Azam baru dalam bulan mulia ni. Tak lama lagi raya nak kunjung tiba. Tapi tu tak besar mana. Ramadhan yang nak pergi ni, kita macamana? Sama lagi ke dah berubah? Kalau dah berubah, alhamdulillah, baguslah tu. Semoga anda istiqamah dengan perubahan ini, dan sentiasa dalam rahmat dan petunjuk serta hidayah Pemberi Hidayah.

Tapi kalau belum... hm... berat tu. Tapi ada lagi masa. Ada lagi ni baki masa untuk kita buat apa yang perlu. Checklist masa awal-awal Ramadhan dulu (ada ke buat???), kalau masih ada yang lompong, usaha-usahakanlah untuk dipenuh dan ditunaikan. Memang berat dan payah. Tapi setiap keberatan dan kepayahan di jalan ALLAH itu, inshaALLAH ada nikmat yang terungkap dihujungnya...;)

Sunday, May 15, 2011

SaaT aLaM BerBiCaRa [EpiSoD II]



JaGaLah HaTi



Sabda Rasulullah s.a.w:

“Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati”.

"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi ALLAH melihat kepada hati dan amalmu." 

Bernilai sungguh seketul hati dalam diri manusia, sehingga disebutkan sedemikian dalam hadis Rasulullah s.a.w.

First and foremost, eloklah dahulu kita memahami apakah takrif hati:

Monday, May 09, 2011

JaWaPaN II [UUM]


Buletin Utama TV3 cuba memanipulasi isu penolakan rebat cukai tanah yang dipohon UUM.

Pihak UUM sebelum ini telah merayu kerajaan negeri Kedah memberikan rebat cukai tanah sehingga mereka hanya perlu membayar RM100 ribu sahaja seperti yang dinikmati pada 2006-2008, berbanding RM1.74 juta nilai cukai tanah sebenar. UUM meminta kadar semurah itu untuk tempoh lima tahun lagi.

Cukai tanah bagi tahun 2011 sepatutnya perlu dijelaskan segera untuk mengelak dari didenda. Tarikh akhirnya ialah 1 Jun 2011.

Sunday, May 08, 2011

JaWaPaN [UUM]

Dengan nama ALLAH...

Berikut merupakan video jawapan kepada persoalan berkaitan isu cukai tanah Universtiti Utara Malaysia [UUM]. Soalan dijawab oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah sendiri, Ustaz Azizan.


Nilai cukai tanah:
  • UUM bernilai RM0.20 per meter persegi
  • Universiti Sains Malaysia [USM] bernilai RM2.50 per meter persegi
  • Universiti Teknologi MARA Merbok [UiTM] bernilai RM0.50
  • Perlis (mungkin merujuk kepada Universiti Malaysia Perlis [UniMAP] bernilai RM0.45 
 
Wallahua'lam...

Thursday, May 05, 2011

SaaT aLaM BerBiCaRa [EpiSoD I]




FReeDoM [uPDaTeD]


Gathered here with my family
My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land

Oh GOD thank YOU
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together

Calling YOU for freedom, freedom
We know YOU can hear our call, ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know YOU won’t let us fall, oh
We know YOU’re here with us

MuQaDDiMaH

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama-MU ya ALLAH, aku menulis...

Berpindah...
Sekali lagi...
Kali ke-3...
Masih mencari...
Tempat, watak, objektif, tujuan diwujudkan blog ini...
Kadang terasa tak mampu untuk teruskan...
Namun ku tahu, masih ada sedikit kemampuan...
Insha-ALLAH kali ini ianya akan kekal di sini...
Selagi mana masih diberi peluang oleh ILLAHI untuk meneruskan perjauangan ini...

Jumaat, Subuh, 2 Jamadil akhir 1432H...
Rasminya blog ini mempunyai postnya yang pertama...
Semoga dengan ini...
Semuanya akan berterusan...
Ditulis, menulis...
Sehingga bertemu penghujungnya...
Insha-ALLAH...
Amin Ya Rabb...