Saturday, August 27, 2011

SaaT aLaM BerBiCaRa [EpiSoD III]




RM 30 900 000 000



Alhamdulillah. PETRONAS hari ini menyatakan keuntungan sebelum cukai melonjak kepada RM 30 900 000 000 (RM 30.9 billion) pada suku pertama berakhir 30 Jun 2011, berbanding RM 21 400 000 000 (RM 21.4 billion) pada tempoh yang sama tahun lalu. Iaitu peningkatan sebanyak 45 peratus. Tahniah PETRONAS. Keuntungan demi keuntungan yang dikecapi syarikat itu membuktikan satu perkara, syarikat tempatan kelolaan anak tempatan itu bukanlah calang-calang syarikat yang mudah untuk disaingi.

Untuk mereka yang tidak mengetahui, segan untuk ambil tahu, serta yang tidak mahu mengambil tahu, disediakan beberapa fakta ringkas tentang syarikat tak-berapa-kecil ini:
1. PETRONAS diitubuhkan pada 17 Ogos 1974.
2. Dimiliki oleh kerajaan Malaysia.
3. Disenaraikan dalam ‘Fortune Global 500 Largest Corporation in the World’, menduduki tangga 95 pada 2008, tangga 80 pada 2009, tangga 107 pada 2010, tangga 86 pada 2011.
4. Fortune juga menyenaraikannya sebagai 13 syarikat paling untung di dunia dan paling tinggi keuntungan di Asia.
5. PETRONAS juga dinamakan sebagai “the new seven sisters” iaitu syarikat minyak dan gas yang paling berpengaruh dan dimiliki kerajaan yang bukan ahli OECD.

SuRaU aPa???


Surau Al-Musyrikin???

Pening kepala bila dengar nama tu. Dah la berita yang cuba disiarkan boleh menimbulkan pelbagai persoalan. Tambahan nama surau yang dikatakan terletak di Jalan Klang Lama itu pula menambahkan kebingungan. Surau Al-Musyrikin (Musyrikin = orang yang syirik) yang jelas cuba dimainkan oleh pihak TV3 (Media Prima) seolah-olah menggambarkan rakyat Malaysia adalah rakyat yang terlalu bodoh dalam menilai sesuatu perkara. Tak taulah kot-kot memang ada orang Islam jahil kat Malaysia yang nak letak nama rumah ALLAH beriringan dengan nama yang tidak sepatutnya itu. (Surau Al-Musyrikin = Rumah ALLAH orang-orang yang syirik).

Susah bila media arus perdana cuba menjadi hero dalam sesuatu isu, seolah-olah hanya mereka yang boleh menyampaikan berita kepada masyarakat yang ada. Tetapi mereka lupa, ALLAH lebih berkuasa. Dalam kesibukan umat Islam bertungkus lumus menjadikan 10 malam terakhir sebagai medan mencari keampunan dan redha ILAHI, mereka sempat menabur fitnah dan tohmahan, rekaan cerita dongeng semata-mata untuk menjadi saluran berita nombor 1 Malaysia.

Hm... Satu persoalan tak terungkai. Kalaulah benar wujud surau sedangkal itu (sah-sah dah terbukti tak wujud), siapa ye pengerusinya? Nak berkenalan dengan beliau dan bertanya bagaimana kebijakan beliau dalam menamakan surau tersebut dengan nama itu. Tentu ada kisah menarik sehingga rumah ALLAH boleh diberikan nama sedemikian. Ahaa, lagi satu, terawih sana berapa rakaat? =)

p/s: Udah-udah la tu menabur fitnah.

Wallahua’lam...

Friday, August 26, 2011

v2.0


Dengan nama ALLAH, aku menulis...

Alhamdulillah, selesai sudah proses mengedit blog ini. Berwajah baru, ada ala-ala HP (bukan handphone ;p). Tak lah minat mana cuma font nya menarik. Mungkin akan berubah tapi nanti-nantilah ye. Jenuh jugak nak mengedit ni. Shukran jazilan kepada insan yang banyak membantu mengedit bahasa komputer yang amat sukar difahami itu. Jasamu dikenang (~_~)Y

Semoga ALLAH merahmati kalian, dan semoga kalian berada di bawah lembayung rahmat-NYA... amin ya Robb =)

~PENGUMUMAN~

Assalamu'alaikum wrh wbt...

Blog ini dalam proses penambahbaikan. Anda mungkin akan mengalami sedikit gangguan teknikal dalam tempoh tersebut. Blog ini juga mungkin tidak boleh dilawati dalam tempoh-tempoh tertentu.

Pihak admin meminta maaf atas segala kesulitan. Harap maklum.

p/s: macam ada orang nak baca. huhu...:D

RaMaDHaN YaNG PeRGi, sYaWaL PuLa KeMBaLi

Dengan nama ALLAH yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG, aku menulis...



26 Ogos 2011, malam 27 Ramadhan 1432

Di surau dan masjid, seperti juga tahun-tahun sebelumnya, kadar kehadiran jemaah yang menunaikan solat semakin berkurangan. Kadar kehadiran ‘jemaah’ membeli belah memenuhi pasaraya semakin meningkat, juga tidak berubah daripada tahun-tahun sebelumnya.

Friday, August 19, 2011

20 Ramadhan 1432H

Dengan nama ALLAH yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG

Lama dah tak menulis. Rasa lemau bila nak menulis balik ni. Buntu tak tau dari mana nak mula...:D

Kalau blog sebelum ni, selalulah jugak update sebab masa tu kononnya banyak la kan isu nak komen. Gatal je tangan ni nak menaip kalau ada pe2 isu, walaupun xla slalu mana pon update. Tapi kalau nak banding dengan yang ni, huhu... rasanya yang lama tu lagi selalu kot update. Blog kedua pon selalu la jugak update, tapi bila dah mula blur, hampir mati langkah bila internet susah nak dapat, lama2 hilang mood nak menulis tu.

Sekarang, internet ada, isu ada. Ok settle. Nak menulis... erk... cane nak start? Nak mula dari mana? Macam2 persoalan timbul. Sampai satu tahap tu terdetik jugak la dalam hati ni, malasnya lah nak ada blog. Dah ada facebook, so rasa cam tak perlu kot nak ada blog ni. Tapi facebook pon tak berapa nak selalu jugak la updatenya. Merepek adalah sekali sekala. Hehe...

InshaALLAH kali ni azam tu datang lagi. Azam baru dalam bulan mulia ni. Tak lama lagi raya nak kunjung tiba. Tapi tu tak besar mana. Ramadhan yang nak pergi ni, kita macamana? Sama lagi ke dah berubah? Kalau dah berubah, alhamdulillah, baguslah tu. Semoga anda istiqamah dengan perubahan ini, dan sentiasa dalam rahmat dan petunjuk serta hidayah Pemberi Hidayah.

Tapi kalau belum... hm... berat tu. Tapi ada lagi masa. Ada lagi ni baki masa untuk kita buat apa yang perlu. Checklist masa awal-awal Ramadhan dulu (ada ke buat???), kalau masih ada yang lompong, usaha-usahakanlah untuk dipenuh dan ditunaikan. Memang berat dan payah. Tapi setiap keberatan dan kepayahan di jalan ALLAH itu, inshaALLAH ada nikmat yang terungkap dihujungnya...;)